Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu tubuh jawatankuasa urus isu keselamatan pelancongan


Tarikh kemaskini: 03/08/2019





DUNGUN, 3 Ogos (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Krisis akan diwujudkan di semua daerah di Terengganu bagi menanggani isu-isu keselamatan dalam sektor pelancongan dengan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Daerah akan diminta mewujudkan jawatan kuasa itu dalam masa terdekat bagi membolehkan tindakan pantas dan bersepadu dilaksanakan sekiranya berlaku insiden tidak diingini seperti kejadian tiga pekerja tempat peranginan yang hilang di laut Rabu lepas.

"Saya dimaklumkan apabila terjadinya kes sebegini (tiga pekerja hilang), terdapat banyak kelemahan ketara yang menyebabkan proses mencari dan menyelamat (SAR) menjadi lambat disebabkan Prosedur Operasi Standars (SOP)  birokrasi oleh pihak berkuasa.

"Sebagai contoh, untuk mengesan kedudukan alat sistem pengesanan global (GPS) telefon memakan masa satu atau dua hari kerana memerlukan kelulusan polis dan ini akan menyukarkan pencarian kerana dalam masa setengah jam sahaja bot akan hanyut lebih jauh,” katanya ketika ditemui media di pusat operasi gerakan di Jeti Aking, di sini hari ini.

Ariffin berkata langkah itu perlu bagi memastikan kes-kes terpencil seumpama itu tidak menjejaskan sektor pelancongan negeri memandangkan kebanyakan produk pelancongan popular di Terengganu adalah pulau dan pantai.          

Menurut Ariffin, jawatan kuasa itu akan diketuai Pegawai Daerah dan dianggotai pelbagai agensi unit beruniform, keselamatan, kesihatan dan kebajikan di daerah masing-masing.

Selain isu keselamatan, kerajaan negeri juga sedang berusaha menaik taraf sistem telekomunikasi di semua lokasi pelancongan negeri terutama di pulau-pulau dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), katanya. 

Menurut beliau pihaknya telah mengenal pasti sebahagian kawasan termasuk di Pulau Tenggol yang memerlukan projek naik taraf sistem telekomunikasi termasuk pembinaan menara bagi kemudahan pelancong dan juga penduduk setempat.

"Sebenarnya kita dah ada kira-kira 13 menara di semua pulau pelancongan termasuk Kenyir akan tetapi ia perlu ditambah baik untuk berfungsi dengan baik.

"Kita berasa amat bertuah kerana Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam satu mesyuarat baru-baru ini telah menyatakan kesediaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur pelancongan di Terengganu pada tahun hadapan," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel