Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis tahan isi kelapa putih tidak patuhi permit bernilai RM125,000


Tarikh kemaskini: 03/08/2019




JOHOR BAHRU, 3 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan 50 tan isi kelapa putih sejuk beku bernilai RM125,000 di Tapak Pemeriksaan Jeti Right Base, Kampung Minyak Beku, Batu Pahat pada 1 Ogos lepas.

Penahanan itu susulan pemeriksaan ke atas sebuah kapal tongkang yang dalam perjalanan dari Tanjung Batu, Riau, Indonesia ke jeti berkenaan pada tengah hari Khamis lepas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pengimport barangan tersebut tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit.

“Permit import yang dikeluarkan menyatakan jenis dan kuantiti yang diluluskan bagi suatu pengimportan.

“Dalam permit tersebut juga dinyatakan jenis rawatan yang perlu dilakukan, pengisytiharan tambahan dan keperluan lain yang perlu dipatuhi oleh pengimport,” kata Maqis dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maqis berkata jika disabitkan bersalah, pengimport barangan tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya pula mereka boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Maqis berkata pihaknya sentiasa memantau kawasan pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, hasil laut dan yang berkaitan yang masuk atau pun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel