Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Negeri Sembilan rancang tubuhkan Pusat Sains


Tarikh kemaskini: 03/08/2019





NILAI, 3 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan merancang untuk membina sebuah Pusat Sains yang diharap dapat meningkatkan minat dan kefahaman penduduk Negeri Sembilan terhadap sains dan teknologi, selain untuk melahirkan generasi penyumbang dalam bidang tersebut (sains dan teknologi).           

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta Agensi Nuklear Malaysia untuk merealisasikan hasrat itu, dan di peringkat ini, kerajaan negeri sedang mencari tapak yang sesuai untuk pembinaannya.

"Saya nampak banyak faedah yang boleh dipelajari daripada Pusat Sains ini khususnya pelajar sekolah. untuk menarik mereka meminati bidang sains dan teknoloji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Sains Negara 2019 peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha  MESTECC Dr Mohd Nor Azman Hassan dan Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Agensi Nuklear Malaysia Dr Zulkifli Mohamed Hashim.

Sementara itu Aminuddin berkata kerajaan negeri juga merancang untuk mengadakan kempen secara besar-besaran melaksanakan pengasingan sisa pepejal dari punca, dan menurutnya selama ini sebahagian besar daripada masyarakat mengambil mudah cara membuang sampah yang dihasilkan di rumah masing-masing.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), SWM Environment Sdn Bhd, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjayakan kempen tersebut," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel