Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Balai bomba P.Pinang berusia 111 tahun dijenama semula sebagai hotspot pelancongan


Tarikh kemaskini: 03/08/2019





GEORGE TOWN, 3 Ogos (Bernama) -- Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai di sini, yang tercatat sebagai satu daripada jabatan bomba dan penyelamat tertua di Malaysia dan yang masih beroperasi, telah berpatah semula kepada penggunaan papan tanda dengan reka bentuk berstruktur seperti yang digunakan 111 tahun lepas.

Balai Bomba itu dijenama semula sebagai ‘Central Fire Station 1908’ dengan fon depan hitam besar, menggantikan papan tanda merah sebelum ini dan meletakkan reka bentuk infrastruktur asalnya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, papan tanda itu ditukar mengikut Pelan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town dan inisiatif ini diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai.

“Bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai ini adalah satu bangunan ikonik dan bangunan warisan Kategori I di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town,” Chow memberitahu pemberita selepas melawat papan tanda baru itu di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat P.Pinang, Saadon Moktar yang turut hadir berkata, inisiatif itu dibuat bagi menarik pelancong dan mengiktiraf ia sebagai balai bomba pertama di negeri ini.

Selain daripada papan tanda itu, Saadon juga berkata bentuk bangunan dan beberapa cirinya akan dikekalkan bagi menyesuaikannya dengan syarat Pelan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town.

Satu daripada ciri ikonik bangunan yang mempunyai rekabentuk struktural ialah gabungan corak arkitektural, corak klasikal menggabungkan corak Mughal menara empat tingkat dengan pengaruh dari era arkitek Edwardian.

Beliau menambah bahawa memandangkan kos penyelenggaraan yang tinggi, kebanyakan kerja-kerja pemulihan dan pemeliharaan dilakukan dari sudut pandangan balai bomba.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel