Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"Mr Trump" seberat lebih satu tan dapat perhatian pada sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan Kelantan


Tarikh kemaskini: 03/08/2019





PASIR PUTEH, 3 Ogos (Bernama) – Seekor lembu yang diberi nama sebagai “Mr Trump” dan bernilai RM20,000 yang dipamerkan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kelantan di Pantai Bisikan Bayu di sini, menarik perhatian ramai.

Pengurus Ladang Cancun Park, Bukit Tuku, Pasir Mas Nasrul Saat berkata lembu dari baka “American Gray Brahman” seberat lebih satu tan yang dibawa dari Ladang berkenaan diimport dari Amerika Syarikat melalui Thailand.

“Lembu tersebut adalah satu-satunya yang ada di negara ini,“ kata beliau kepada Bernama ketika ditemui pada hari acara sambutan itu selama  lima hari yang berakhir  esok.

Turut dipamerkan adalah puluhan lembu kacukan yang lain termasuk kambing, arnab, rusa dan kerbau yang sehingga ini dikunjungi lebih 10,000 pengunjung termasuk Terengganu sejak dibuka kepada  orang ramai Rabu lepas.

Nasrul berkata, tujuan lembu itu dipamerkan untuk mendedahkan kepada orang ramai bahawa mereka  berpeluang menternaknya  secara komersial di kawasan rumah masing-masing.

Beliau berkata, kaedah menternaknya  tidak menyukarkan manakala bahan makanannya pula boleh diproses sendiri  menerusi bahan-bahan yang mudah diperolehi di kampung termasuk jerami padi dan  dedak yang dihasilkan dari ubi kayu yang pokoknya boleh ditanam di kawasan rumah secara meluas .

Bagaimanapun mereka yang berminat boleh menghubungi  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk mendapatkan baka yang dihasilkan melalui kaedah permanian beradas kerana pihak ladang itu tidak mempunyai kepakaran mengenainya.

Katanya, jika kaedah penjagaan dan pemakanannya diurus dengan betul lembu berkenaan boleh membesar lebih 1 kilogram sehari selepas 90 hari menternaknya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Hussin Samat, 53, berkata, inilah pertama kali beliau berpeluang melihat  lembu berkenaan secara dekat yang selama ini beliau hanya melihat menerusi kaca televisyen sahaja.

“Pada mulanya, saya terkejut kerana menyangka ia seekor anak gajah,” katanya.

-- BERNAMA    

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel