Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Premis kiriman wang haram di kedai runcit diserbu


Tarikh kemaskini: 02/08/2019





GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- Taktik seorang peniaga berselindung di sebalik premis barangan runcit untuk menjalankan perkhidmatan kiriman wang ke luar negara secara haram terbongkar selepas kedai di tingkat dua bangunan Komtar di sini diserbu pihak berkuasa semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud, berkata sepasukan pegawai penguat kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dan JIM negeri menyerbu premis itu pada jam 11.30 pagi selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pemilik premis tersebut.

Beliau berkata pegawai BNM menahan pemilik premis dan seorang pekerjanya, berusia 40-an, yang merupakan rakyat tempatan ketika menjalankan urusan pengiriman wang ke luar negara di sebuah bilik kecil dalam kedai runcit tersebut.

Beliau berkata pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap beberapa pelanggan yang berada di sekitar kedai tersebut sebelum menahan empat lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.

“Kesemua warga asing berusia 25 hingga 35 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata kesemua lima warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel