Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis nafi berlaku kejadian culik di Seberang Perai Utara


Tarikh kemaskini: 02/08/2019




KEPALA BATAS, 2 Ogos (Bernama) -- Polis  hari ini menafikan satu rakaman suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam yang mendakwa berlaku kes penculikan kanak-kanak di Bertam Perdana di sini. 

Ketua Polis Daerah  Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata siasatan lanjut berhubung rakaman suara yang mendakwa beberapa penculik menggunakan sebuah kereta jenis Nissan Sunny itu adalah palsu.

"Polis telah menahan dua wanita yang menggunakan kereta Nissan Sunny seperti mana yang ditularkan itu namun soal siasat mendapati mereka tiada kaitan dengan kes penculikan," katanya di sini.

Menerusi rakaman suara wanita yang tular itu, wanita berkenaan mendakwa sebuah kereta Nissan Sunny berwarna putih dipandu seorang lelaki dilihat berlegar-legar di kawasan rumahnya ketika dia pulang sebelum dia pergi ke balai polis bagi membuat laporan.

Dalam rakaman suara selama satu minit 38 saat itu, wanita berkenaan turut mendakwa telah diberitahu pihak polis bahawa satu kes penculikan kanak-kanak telah berlaku di kawasan perumahannya di Bertam Putra minggu lepas.

Sementara itu, Noorzainy berkata dakwaan itu adalah tidak benar dan tiada sebarang insiden penculikan pada tarikh dan masa seperti yang ditularkan.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pihak yang merakam dan menyebarkan rakaman suara berkenaan kerana ia menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai.

"Saya minta orang awam agar jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu tular  yang masih belum pasti kesahihannya. Hubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di talian 04-5762222 untuk mendapatkan pengesahan," katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel