Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Helikopter nuri TUDM mendarat cemas di Kedah


Tarikh kemaskini: 02/08/2019





KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di kawasan Kem Gubir, Kedah kira-kira jam 3 petang tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth itu membawa empat anak kapal serta 11 anggota Tentera Darat Malaysia dan sedang melaksanakan penerbangan untuk misi ulang bekal.

“Semua anak kapal serta penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan kejadian serta menubuhkan sebuah pasukan penyiasat untuk mengenal pasti punca kejadian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel