Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayi masih bertali pusat ditemui di sebuah kilang di Muar


Tarikh kemaskini: 02/08/2019





MUAR, 2 Ogos (Bernama) -- Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat, ditinggalkan di sebuah kilang di Jalan Kebun Sayur, Bakri Batu 6, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata bayi yang dibalut dengan kain berwarna biru gelap itu ditemui oleh pemilik kilang di atas zink penutup longgokan kayu kira-kira 8.30 pagi.

“Polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan menjumpai seorang bayi yang masih hidup di hadapan kilangnya. 

“Bayi itu kemudiannya diselamatkan pada 9.15 pagi dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Katanya setakat ini keturunan bayi masih belum dapat dikenal pasti kerana dipercayai baru sahaja dilahirkan dan keadaan bayi itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Zaharudin seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel