Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: Penduduk Terengganu dinasihat ambil langkah pencegahan


Tarikh kemaskini: 02/08/2019





KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) -- Orang ramai di sekitar Kuala Terengganu dinasihatkan agar sentiasa menitikberatkan soal kesihatan mereka susulan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 'tidak sihat' 114 yang direkodkan di sini setakat pukul 2.00 petang ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata pihaknya telah mengarahkan semua klinik kesihatan dan hospital di Terengganu agar lebih peka dengan sebarang kes terutama yang dikaitkan dengan pesakit asma dan penyakit mata susulan laporan kemunculan semula jerebu.

Menurutnya pesakit yang dirujuk ke klinik atau hospital akibat jerebu perlu diberi rawatan secepat mungkin.

"Kita berharap orang ramai mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya seperti memakai penutup hidung dan mulut serta mengurangkan aktiviti di luar rumah untuk meminimumkan risiko masalah kesihatan akibat jerebu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru kronik supaya datang ke klinik dengan segera jika keadaan bertambah teruk.

Selain Kuala Terengganu, IPU di kebanyakan lokasi lain seluruh negara masih mencatat bacaan sederhana di bawah 100.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel