Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu jejas operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja resort - APMM


Tarikh kemaskini: 02/08/2019





DUNGUN, 2 Ogos (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja resort yang hilang di perairan Pulau Tenggol, Rabu lepas berdepan kesukaran ekoran jerebu.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Lt Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata situasi itu  menyebabkan jarak penglihatan agak terhad sekali gus menjejaskan perjalanan operasi.

Bagaimanapun, beliau berkata operasi di udara dan laut tetap diteruskan seperti biasa menggunakan kapal KM Pekan, Kilat 2 dan sebuah aset udara jenis Bombardier.

"Operasi pada hari kedua dimulakan kira-kira pukul 7.30 pagi oleh 50 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi serta bantuan daripada beberapa nelayan.

"Namun aktiviti pembakaran terbuka di kawasan Sumatera dan Riau telah memberi kesan jerebu sehingga ke perairan Terengganu disebabkan asap yang dibawa tiupan angin, sekali gus mengganggu kelancaran operasi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain aset APMM, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu dua bot pasukan polis marin,  15 bot Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan masing-masing sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu.

Rashidilhadi berkata operasi hari ini akan diperluas dari kawasan perairan Kertih, Kemaman sehingga ke perairan Marang, selain di beberapa pulau kecil seperti Pulau Nyireh, Pulau Tokong Burung dan Pulau Tokong Daik.

"Kami juga memohon bantuan daripada orang ramai terutama nelayan yang pernah ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan bot mangsa supaya memaklumkan segera ke Ibu Pejabat APMM Kuala Terengganu bagi membantu pencarian," katanya.

Rabu lepas tiga pekerja resort, Fauzi Mohamad, 40; Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25; dan Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22, dilapor hilang ketika dalam perjalanan dari Jeti Aking, Seberang Pintasan, di sini  ke Pulau Tenggol untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel