m74avNAAS5M Kawasan Sia Boey site bakal berubah menjadi Taman Arkeologi Kota pertama di Malaysia
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kawasan Sia Boey site bakal berubah menjadi Taman Arkeologi Kota pertama di Malaysia


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





GEORGE TOWN, 1 Ogoa (Bernama) -- Kerja-kerja peremajaan semula kawasan Sia Boey yang terletak di Jalan Dr Lim Chwee Leong, di sini sedang dijalankan bagi mengubah lanskap penampilannya untuk dijadikan sebagai Taman Arkeologi Kota yang pertama di Malaysia.

Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) Dr Ang Ming Chee berkata pihaknya dan Perbadanan Pembangunan Pulai Pinang (PDC) sedang bekerjasama melaksanakan projek peremajaan itu yang yang merangkumi sekitar kawasan terusan Perangin, pintasan terusan, ruang pasar, tapak arkeologi dan pusat penafsiran.

"Terusan Prangin akan ditampilkan sebagai pusat pengairan Sia Boey, dan semasa kerja-kerja pemulihan dijalankan, GTWHI akan memantau kerja-kerja di terusan itu bagi mengumpul sebarang atrifak kebudayaan yang dikesan di dalamnya.

"GTWHI menjalankan arkeologi menyelamat di Terusan Perangin dengan menyebar kelodak di dasar terusan itu untuk melihatnya dengan lebih teliti," katanya dalam persidangan media di tapak Sia Boey di sini hari ini.

Terdahulu Ang dan Timbalan Pengurus Besar Kanan PDC Yeoh Lean Huat membawa wakil-wakil media melawat sekitar kawasan berkenaan.

Ang berkata mereka juga akan berusaha mewujudkan lintasan/lencongan di Terusan Perangin yang memiliki keupayaan hidraulik berbanding terusan sedia ada.

Menurutnya terusan itu boleh berfungsi sebagai tebatan banjir dan juga laluan air, di samping dapat mengeluarkan air dari kawasan berkenaan dan sekitarnya bagi tujuan pertanian dan kegunaan isi rumah.

"Terusan ini berkonsepkan kolam renang yang mengandungi air bersih. Kita mahu tarik orang ramai datang ke sini. Di samping melihat landskap di sini mereka juga boleh belajar sesuatu dengan adanya tapak arkeologi nanti. Kami jangkakan tempat ini dibuka kepada orang ramai September ini," tambahnya.

Projek Peremajaan Sia Boey dilancarkan pada 25 Mac bagi mengubah Sia Boey menjadi sebuah kawasan yang memudahkan kewujudan bersama pembangunan dan pemeliharaan warisan.

Sia Boey, yang juga dikenali sebagai Ujung Pasir atau Prangin, adalah saliran semulajadi yang dikelilingi oleh paya bakau yang menandakan sempadan George Town di awal abad ke-19.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel