Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mohd Khalil dan Adly hadir Majlis Zikir Asma'ul Husna dan Doa Sayangi M'siaku


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





MELAKA, 1 Ogos (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Adly Zahari hadir Majlis Zikir Asma'ul Husna dan Doa Sayangi Malaysiaku di Masjid Cina Negeri Melaka malam ini.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan dikuti dengan Zikir Asma'ul Husna sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kebangsaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Omar Jaafar dan Exco Perindustrian, Perdagangan Dan Pelaburan Negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab.Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Mohd Rizal Hashim.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 1,500 itu berakhir dengan bacaan doa Sayangi Malaysiaku oleh pembimbing zikir Ratib Al-Attas dan Asma ul Husna, Ustaz Syed Hussin Al-Attas sebelum solat isyak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel