Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengurus syarikat ditipu RM24,700 kononnya 'kawan' ingin meminjam


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KEPALA BATAS, 1 Ogos (Bernama) -- Seorang pengurus sebuah syarikat mengalami kerugian RM24,700 selepas terperdaya dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakannya untuk meminjam wang di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini berkata pada mulanya pengurus berusia 40 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai rakan perniagaan yang memang dikenalinya.

"Pengurus itu pada mulanya merasa pelik memandangkan nombor telefon lelaki itu berbeza daripada sebelumnya, namun suspek memberi alasan nombor telefon sebelum ini telah dicuri dan kemudiannya meminta bantuan meminjam sejumlah wang kerana perniagaannya menghadapi masalah," katanya di sini.

Katanya selepas percaya dengan kata-kata suspek, pengurus berkenaan telah membuat lima transaksi pindahan wang ke akaun yang diberikan kepada suspek membabitkan jumlah RM24,700.

Beliau berkata pengurus lelaki itu hanya menyedari ditipu setelah dia menghubungi nombor telefon pejabat rakannya untuk meminta supaya wang yang dipinjam dipulangkan seperti dijanjikan.

Noorzainy berkata rakannya memberitahu dia tidak pernah menukar nombor telefon malah tidak pernah meminjam sebarang wang kerana perniagaannya juga dalam keadaan baik.

"Pengurus berkenaan cuba beberapa kali menghubungi nombor telefon suspek namun tidak dapat dihubungi sebelum menyedari dirinya telah ditipu sindiket penipuan dan bertindak membuat laporan polis semalam," katanya dan menambah polsi sedang berusaha mengesan pemilik akaun dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan mempercayai sesiapa yang mengaku rakan mereka sebaliknya membuat pengesahan terlebih dahulu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel