Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTeM jadi universiti awam pertama pelopori Program Pensijilan Profesional Microsoft Sains Data


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





MELAKA, 1 Ogos (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi universiti awam pertama dalam negara yang melaksanakan Program Pensijilan Profesional Microsoft Sains Data.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datin Paduka  Dr Siti Hamisah Tapsir berkata pelaksanaan program Pensijilan Profesional Mircosoft Sains Data ini berupaya memberi peluang yang lebih luas kepada para graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang bertepatan dengan bidang pengajian masing-masing.

“Bidang sains data ini merupakan antara bidang yang menjadi tumpuan utama dan mendapat permintaan tinggi oleh kebanyakan organisasi di dalam mahupun luar negara.

“Ia juga sangat penting ekoran atas dasar kepentingan  pekerjaan saintis data telah dilabelkan sebagai pekerjaan masa hadapan, kerana permintaan kerjaya terhadap profesion bidang ini meningkat dengan drastik dari tahun ke tahun,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UTeM di sini hari ini.

Beliau berharap projek yang dilaksanakan dengan kerjasama KPM, UTeM, Iverson dan Microsoft Malaysia yang mana UTeM selaku universiti awam pertama mempelopori projek ini, terus membuahkan kejayaan berterusan.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim pula berkata UTeM amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh KPM kepada UTeM bagi menjayakan program berimpak dan memenuhi keperluan mendesak bidang sains data kini.

Katanya UTeM telah mula melaksanakan program ini sejak Julai tahun lalu UTeM dan pada hari ini telah berjaya melahirkan 3 kohort pelajar bidang ini yang berjumlah seramai 234 orang.

“Para peserta adalah terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi dari kalangan 16 universiti awam dari seluruh negara yang mana setiap kohort mengambil masa selama enam bulan bagi melengkapkan kursus ini di UTeM,” katanya .

Majlis Perasmian Penutup Program Pensijilan Microsoft Profesional Sains Data ini telah diadakan di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel