Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jadikan Tok Bali stesen kargo dan penumpang - Ahmad


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





PASIR PUTEH, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Kelantan merayu kerajaan pusat untuk membina stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)  di Tok Bali dengan fungsi stesen muatan kargo dan penumpang.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata cadangan itu penting, disebabkan Kelantan mempunyai ramai usahawan yang memerlukan perjalanan yang cepat, untuk memasarkan produk masing-masing ke negeri-negeri pantai Barat khususnya ke Kuala Lumpur.

“Laluan baru sepanjang 15 kilometer dari Tok Bali ke Cherang Tuli sudah pun dikenal pasti bagi pembinaan stesen itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan di Pantai Bisikan Bayu, di sini, hari ini.

Projek ECRL yang sebelum ini ditangguhkan, dilancarkan semula Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk, minggu lepas.

Loke sebelum itu dilaporkan berkata, pelancaran semula ECRL bakal mewujudkan fungsi dan skop yang lebih besar untuk syarikat tempatan memainkan peranan secara aktif dalam projek berkenaan, bermula dari Kota Bharu dan Tok Bali (Kelantan) ke Pelabuhan Klang, sejauh 648 kilomter.

Ahmad Yakob berkata Perbadanan Pembangunan Tok Bali, yang ditubuhkan kerajaan negeri sejak 14 tahun lalu akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, bagi melicinkan perlaksanaan projek yang berimpak tinggi itu.

“Ini termasuk dalam merangka dasar dan keperluan mendalamkan muara Terusan Semerak, untuk membolehkan kapal yang lebih besar memasuki TB Supply Base Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai cadangan menaik taraf pusat itu ke tahap sebuah pelabuhan, sejajar dengan pembangunan pesat  berikutan perlaksanaan projek-projek ECRL di kawasan terbabit.

Katanya, kerajaan negeri juga mempunyai perancangan jangka panjang dalam usaha menyediakan bekalan makanan yang mencukupi, dengan jumlah peningkatan penduduk yang dijangka bertambah berkali ganda.

Beliau berkata, antaranya memperluaskan lagi tanaman durian kunyit, yang mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar negara terutama dari China.

Katanya  kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 1,000 hektar hutan simpan yang ditarik balik kepada sebuah syarikat, yang mengusahakan kopi “musang king” yang menghasilkan pendapatan RM2 juta setahun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel