Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua didakwa sebar SMS pinjaman wang mengelirukan


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KUANTAN, 1 Ogos (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menyebarkan pesanan perkhidmatan pinjaman wang mengelirukan, hampir setahun lalu.

Tertuduh Ho Chee Seng, 24, dan remaja yang berusia 17 tahun yang kedua-duanya bekerja sebagai juruteknik penyaman udara itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Aling. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) itu pada 2 petang, 9 Ogos 2018 di Lorong Seri Kuantan 25 di sini, dengan tujuan mendorong orang ramai untuk mendapatkan pinjaman wang. 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nor Azizah membenarkan Ho dibebaskan dengan jaminan RM2,900 dan RM2,800 bagi tertuduh di bawah umur, masing-masing dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 28 Ogos ini. 

Ini kerana mahkamah memerlukan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tertuduh di bawah umur sebelum menjatuhkan hukuman. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan manakala tertuduh diwakili peguam Nur Hafidza Baharudin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel