Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kejohanan Berbasikal Karnival Sukan Kelantan medan uji pelumba SUKMA


Tarikh kemaskini: 01/08/2019




KOTA BHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Kejohanan Berbasikal Karnival Sukan Kelantan 2019 yang diadakan  pada 2 hingga 3 Ogos ini, menjadi medan untuk menguji serta mempersiapkan atlet berbasikal negeri itu bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor, tahun hadapan.

Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata pada kejohanan itu nanti, para pelumba negeri dapat pendedahan dari segi teknik kayuhan, keyakinan diri serta mengukur prestasi mereka dengan pelumba dari negeri lain, yang turut sama dalam kejohanan itu nanti.

"Kami akan diuji bersama 10 pasukan lain iaitu empat pasukan daerah di Kelantan dan lima pasukan lain dari Selangor, Perak, Perlis, Kuala Lumpur dan Johor.

"Ia adalah peluang kepada atlet kami untuk memperbaiki teknik kayuhan, meningkatkan prestasi dan keyakinan diri sebelum bersaing pada Sukma 2020," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Fared berkata  kejohanan itu turut menjadi kayu ukur kepada PBNK dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan menganjurkan acara berbasikal pada temasya Sukma 2024 nanti.

"Kejohanan Berbasikal Karnival Sukan Kelantan simulasi kepada kami dan MSN untuk menganjurkan acara berbasikal Sukma, di mana Kelantan dijangka akan menjadi tuan rumah enam tahun lagi.

"Kami mahu atlet menggunakan sepenuhnya peluang pada kejohanan ini, untuk membawa nama negeri Kelantan menjadi saingan hebat kepada negeri lain pada Sukma di Johor," katanya.

Kejohanan itu merupakan pengalaman terbaik kepada PBNK untuk terbabit dalam penganjuran kejohanan-kejohanan 'besar' seperti SUKMA, katanya.

"Satu perkembangan baik kepada pembangunan sukan berbasikal di negeri ini apabila pihak kami diberikan peluang terlibat dengan penganjuran kojohanan berskala besar," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Kelantan satu-satunya negeri Pantai Timur di Semenanjung yang tidak pernah menganjurkan temasya dwi-tahunan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel