Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki Bangladesh cabul wanita ditahan


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polis, selepas didapati mencabul seorang wanita tempatan dengan menyentuh bahagian punggung mangsa, dalam kejadian di luar sebuah pasar raya di Kulai, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Supt Tok Beng Yeow berkata suspek berusia 27 tahun itu ditangkap pasukan peronda polis kira-kira 7.45 malam, selepas dimaklumkan oleh orang ramai. 

Katanya, sebelum itu, suspek sudahpun ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

“Pengadu (mangsa) memberitahu semasa dia sedang melalui sebuah pasar raya, berhampiran pasar malam Taman Manis Kelapa Sawit bersama anaknya, telah ternampak seorang lelaki mengekorinya dari arah belakang.

“Lelaki tersebut kemudian telah menyentuh bahagian punggung pengadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tok berkata suspek telah pun direman selama empat hari bermula 31 Julai sehingga 3 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel