Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga bilik sekolah rendah Taman Sri Pulai terbakar 


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Pulai, Jalan Batai 3, di sini, terpaksa dihentikan selepas tiga bilik di tingkat tiga sekolah itu terbakar dalam satu kejadian, tengah hari tadi. 

Bagaimanapun insiden kira-kira 12 tengah hari itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada murid dan kakitangan sekolah kerana pihak sekolah telah berjaya menjalankan pengungsian bangunan mengikut prosedur dalam keadaan yang aman. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Mohamad Riduan Akhyar berkata ketika kejadian, sesi pembelajaran sidang pagi sedang dijalankan. 

“Kebakaran dipercayai bermula dari bilik stor dan merebak ke tandas melalui atas siling kerana bahagian bumbung diperbuat daripada kayu manakala struktur lain adalah konkrit.

“Selain dua bilik itu, bilik makmal juga terjejas kerana terkena kesan jelaga (asap) ” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Mohamad Riduan berkata seramai 10 anggota dengan tiga jentera dari balai itu ditugaskan untuk memadamkan kebakaran dan turut dibantu oleh empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas. 

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, beberapa video dan gambar yang menunjukkan kejadian berlaku dikongsikan oleh orang awam di laman sosial Facebook.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel