Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Serah kepada polis siasatan kes tahanan mati - Pengarah Penjara Kedah


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





PADANG BESAR, 1 Ogos (Bernama) -- Jabatan Penjara Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan berhubung kes seorang tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pada Selasa lepas.

Pengarahnya, Mohd Sabri Yaacob ketika ditemui Bernama enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut kerana melibatkan dasar Jabatan Penjara.

“Saya tak mahu komen apa-apa. Biar pihak polis menjalankan siasatan,” katanya selepas merasmikan majlis perbarisan dan penyampaian sijil tamat latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) siri 1/2019 di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Perlis, Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka di sini, hari ini.

Beliau turut menjadi Pegawai Tabik Hormat kepada 39 pegawai penjara yang mengikuti kursus asas bermula 22 April lepas dan tamat pada hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme Jabatan Penjara Ku Nawawi Ku Hamid dan Pengarah Penjara Perlis Mat Johir Asin @ Hashim.

Semalam, polis menyifatkan tiada unsur jenayah terhadap  tahanan  di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di HSAH.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah dipetik sebagai berkata hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mendapati R.Gopal Krisnan, 21, meninggal dunia disebabkan terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya.

Polis turut mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut meskipun tunangnya membuat laporan polis mendakwa Gopal Krisnan dipukul ketika dalam tahanan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel