Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga kanak-kanak didera ibu, teman wanita


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KEPALA BATAS, 1 Ogos (Bernama) -- Tiga kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun disyaki didera ibu kandung dan teman wanita ibu mereka yang berperwatakan seperti lelaki, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya ibu ketiga-tiga kanak-kanak itu yang berumur 32 tahun dan teman wanitanya berumur 33 tahun sudah ditahan kira-kira pukul 3.40 petang semalam di rumah mereka di Tasek Gelugor dekat sini.

“Kedua-dua suspek sedang menjalani perintah reman untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak,” katanya di sini.

Menurutnya ketiga-tiga kanak-kanak itu tinggal bersama ibu dan rakan wanitanya itu selepas ayah mereka dihalau oleh ibu mereka dari rumah sejak empat bulan lepas.

“Anak sulung wanita itu dalam laporan polisnya berkata sejak itulah dia bersama dua adik lelakinya sering dipukul oleh ibu mereka menggunakan tali pinggang dan dipercayai rakan wanita ibu mereka turut sama mendera ketiga-tiga kanak-kanak ini,” katanya.

Noorzainy berkata kejadian dera dan pukul itu pada mulanya dikesan guru sekolah dua daripada kanak-kanak berkenaan selepas mereka kerap tidak hadir dan pihak sekolah kemudiannya memaklumkan ayah mereka sebelum laporan polis dibuat.  

Katanya ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan serta pemeriksaan dan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada badan tiga mangsa tersebut namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

"Polis turut merampas tali pinggang yang digunakan ibu mereka untuk memukul tiga kanak-kanak itu dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel