Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTM sahkan Pusat Penyelidikan Institut Ibnu Sina ditutup sementara


Tarikh kemaskini: 01/08/2019




JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini mengesahkan Pusat Penyelidikan Ibnu Sina di sini ditutup sementara selepas diarahkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Menerusi satu kenyataan di sini, UTM berkata pihaknya memandang serius tentang perkara itu dan bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM.

“UTM akur dengan teguran JKKP Johor dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Pusat Penyelidikan terbabit telah ditutup sementara waktu bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan seperti yang dikehendaki,” kata universiti itu.

Pihak universiti menjangkakan akan dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan dan membuka semula pusat penyelidikan tersebut September ini tertakluk kepada kelulusan dari JKKP Johor.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan bila pusat itu diarahkan tutup.

Semalam, sebuah laporan portal melaporkan pusat penyelidikan itu diarahkan tutup kerana didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel