Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Kelantan sita 3,226 tong gas petroleum cecair nilai RM193,000.


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KOTA BHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 3,226 unit tong gas petroleum cecair yang dianggarkan bernilai RM193, 782 dalam satu serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, serbuan dan sitaan itu dijalankan berikutan pemegang lesen barang kawalan gas petroleum telah melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memindahkan barang kawalan ke tempat tidak dilesenkan.

Beliau berkata susulan daripada maklumat yang diterima, sepasukan 25 pegawai dan anggota penguat kuasa telah ke premis itu untuk melakukan siasatan kira-kira pukul 9 pagi semalam.

"Tindakan yang dilakukan adalah menyita 3,226 unit tong gas petroleum cecair pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM193,782.

"Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azanizam berkata pihaknya juga bertindak memgambil keterangan daripada pemegang lesen yang berusia 50-an untuk siasatan selanjutnya.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 22 akta yang sama iaitu bagi individu boleh didenda sehingga      RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM2 juta.

Jelasnya KPDNHEP Kelantan sentiasa komited memantau dan menjalankan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada kementerian melalui Talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC); Talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800 atau SMS ke 15888.

"Selain itu, orang ramai juga boleh hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP untuk menyalurkan terus maklumat," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel