Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air di JB pulih sepenuhnya


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





JOHOR BAHRU, 31 Julai (Bernama) -- Penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor yang bermula semalam dan berlarutan selama 23 jam itu kini selesai, dengan bekalan air bersih kepada kira-kira 170,000 pengguna di sebahagian kawasan bandaraya ini, sudah pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata malahan pengguna yang terjejas juga sudah mula menerima bekalan air bersih secara berperingkat sejak malam tadi.

“Proses pemulihan bekalan air bersih melibatkan 50 kawasan di sekitar bandaraya Johor Bahru  pulih lebih awal daripada jangka masa yang telah kita ditetapkan.

“Kita jangka ia pulih lebih awal iaitu pada 9 pagi ini tetapi bekalan air sudah diterima mereka sejak malam tadi secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, penyelenggaraan yang dilakukan adalah proses rutin bagi memastikan kualiti pembekalan air bersih dapat terus dibekalkan kepada semua pengguna pada masa akan datang.

“Namun begitu, sekiranya masih ada pengguna yang belum menerima bekalan air bersih, mereka diminta untuk menghubungi pihak Ranhill SAJ melalui talian mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474,” katanya.

Sementara itu Puah berkata dalam masa yang sama, pengguna diingatkan agar terus menggunakan air secara berhemah dan mengamalkan penjimatan air dalam kehidupan seharian.

 Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.ranhillsaj.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel