Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majoriti mereka yang ditahan terlibat rasuah adalah golongan muda - SPRM


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





GEORGE TOWN, 31 Julai (Bernama) -- Lebih separuh daripada jumlah individu yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak lebih lima tahun lepas adalah terdiri dari golongan muda berumur 40 tahun dan ke bawah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil hari ini berkata berdasarkan statistik dari tahun 2014 sehingga Jun lepas, seramai 4,860 orang individu telah ditangkap kerana rasuah dan 2,594 atau 53.4 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan muda.

“Ini menjadi kerisauan kepada kita, jika kita lihat data ini lebih 50 peratus mereka yang terlibat adalah orang muda. Jika kita lihat dalam satu kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002,  30.5 peratus daripada pelajar yang menjadi responden menyatakan kesanggupan mereka menerima rasuah.

“Isu ini harus dipandang berat dan ditangani sejak dari peringkat awal lagi," katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Pembangunan Pengurusan Islam (IDMAC)  2019 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Persidangan bertemakan 'Integriti dan Hisbah dalam Pengurusan Pembangunan Islam' selama dua hari bermula semalam itu disertai oleh lebih 120 penuntut dan pensyarah dari beberapa buah negara seperti Brunei, India, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Nigeria dan United Kingdom.

Menurutnya SPRM bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk universiti-universiti awam bagi mengadakan pelbagai langkah bagi mencegah daripada aktiviti tidak bermoral ini terus berleluasa khususnya di kalangan golongan muda.

"Kita bersedia untuk bersama dan dalam hal ini penglibatan semua pihak amat diperlukan. Kita akan bekerjasama dengan mana-mana universiti bagi meningkatkan integriti dan menerapkan elemen-elemen anti-rasuah di kalangan para pelajar dan warga pendidik sedia ada," katanya.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel