Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengusaha feri Langkawi tayang video bahaya dadah


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





LANGKAWI, 31 Julai (Bernama) -- Pengusaha perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi menayangkan video dan menyiarkan peringatan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam semua feri mulai bulan ini, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata langkah itu ??????sebahagian daripada pelaksanaan projek rintis membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu di pulau peranginan ini.

Katanya bagi tujuan tersebut, lapan pengusaha yang menjalankan perkhidmatan dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Pinang ke Langkawi telah dibekalkan dengan cakera padat mengenai penyalahgunaan dadah untuk disiarkan di dalam feri mereka.

"Selain menunjukkan filem hiburan di dalam feri elok juga mereka tayangkan video berkaitan masalah dadah bagi menyelamatkan anak bangsa kita. Menerusi tayangan video dan pengumuman di dalam feri itu nanti kita dapat hebahkan bahaya penyalahgunaan dadah dan juga amaran kepada pengunjung yang datang ke Langkawi supaya tidak membawa masuk dadah ke pulau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat projek rintis bagi menangani penyalahgunaan dadah, bahan dan pelencongan sosial bersama 15 jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Langkawi di sini hari ini.

Langkawi merupakan satu daripada 12 kawasan di tujuh negeri yang dipilih melaksanakan projek rintis AADK dalam menangani masalah penagihan dadah dan pelencongan sosial.

Zulkifli berkata pihaknya akan membuat pemantauan bagi menilai keberkesanan projek rintis itu dalam tempoh enam bulan.

“Kita akan lihat untuk tempoh enam bulan pertama iaitu Julai hingga Disember sejauh mana telah berjaya kurangkan masalah-masalah dadah di 12 kawasan projek rintis termasuk Langkawi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keperluan untuk meletakkan satu batalion tentera di pulau ini bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, Zulkifli berkata masalah dadah di Langkawi belum berada pada tahap yang begitu serius.

“Masalah dadah di Langkawi tidak memerlukan satu batalion tentera bagi menjaga kawasan perairan di sini, pada saya apa yang boleh dibuat oleh agensi-agensi sedia ada memadai kerana tidak sampai serius begitu,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel