Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru suspek kes ragut Batu Pahat


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Polis sedang memburu seorang lelaki suspek kes ragut yang mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita di luar sebuah pasar raya di sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, seorang wanita berusia 57 tahun cedera akibat ditikam dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Katanya, bagi memburu suspek berkenaan pihaknya telah mengeluarkan lakaran wajah suspek dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan yang turut telah menikam mangsa, yang juga seorang guru itu.

“Lakaran wajah suspek yang berumur lingkungan 30-an itu dihasilkan berdasarkan keterangan mangsa yang kini telah sedar setelah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) HSNI.

“Kami meminta kerjasama orang ramai atau saksi lain yang mengenali suspek supaya menghubungi polis dengan segera bagi membantu siasatan kes ragut ini kerana maklumat yang diperolehi setakat ini agak kurang membantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, ketika serangan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada, perut dan tangan, berikutan enggan melepaskan beg tangannya itu.

Muhammad Izzudin berkata keadaan di lokasi kejadian yang juga terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain keadaan yang gelap itu, dipercayai membuka ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan perbuatan jenayah.

“Selepas kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah melakukan operasi menangkap penagih dadah dan individu berkeliaran di daerah ini bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini terjamin.

“Kami turut meminta pengurusan pasar raya tersebut untuk menambah lagi pencahayaan di sekitar kawasan letak kereta dan rondaan pengawal keselamatan dengan lebih kerap kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel