Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu lori sambilan didenda RM5,000 bawa kambing, biri-biri tanpa kebenaran veterinar


Tarikh kemaskini: 31/07/2019




JOHOR BAHRU, 31 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu lori sambilan sebuah syarikat penternakan kambing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membawa sejumlah kambing dan biri-biri hidup menggunakan lori tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, akhir bulan lepas.

Ibrahim Salleh, 67, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah A Rahman.

Dia yang berasal dari Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, turut diperintahkan Norasidah untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa membawa 40 ekor kambing dan 20 biri-biri hidup menggunakan sebuah lori tanpa perakuan kebenaran pindah daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Johor atau wakilnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira 10.45 pagi di tepi Jalan Dato’ Onn Utama, di sini, 27 Jun lepas, yang mana kawasan itu diwartakan sebagai kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut Negeri Johor 2005 (J.P.U 10).

Ibrahim didakwa melakukan kesalahan yang melanggar kehendak peruntukan Perenggan 2(a)(iii) Perintah Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut Negeri Johor 2005 (J.P.U 10) dan boleh dihukum di bawah sub seksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 [Akta A1452], yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM15,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Mohd Faiz Ajis manakala Ibrahim tidak diwakili peguam.

Terdahulu, dalam rayuannya, Ibrahim memohon mahkamah mengenakan denda yang ringan dengan alasan mempunyai mempunyai lima tanggungan selain hanya bekerja sambilan dengan gaji RM40 sehari.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel