Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba selamatkan lelaki terlekat besi gigi gear di kemaluan


Tarikh kemaskini: 30/07/2019





KOTA BHARU, 30 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami detik cemas apabila 'gigi gear', yang dipercayai gear basikal, terlekat pada kemaluannya, sehingga memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membawanya ke hospital, supaya besi itu dapat dipotong tanpa mencederakannya dengan bantuan doktor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata lelaki itu datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, dekat Kuala Krai, yang berhampiran dengan tempat tinggalnya pada kira-kira pukul 3.14 petang tadi bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata petugas bomba kemudiannya membawa lelaki itu ke Hospital Kuala Krai, dan dengan bantuan pihak hospital, besi itu berjaya dipotong kira-kira 20 minit kemudian menggunakan alat pemotong khas.

"Lelaki yang berasal dari Batu Jong, Kuala Krai itu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Sebaik sahaja besi itu berjaya dipotong, lelaki berkenaan dibenarkan pulang," katanya.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel