Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

381 penagih, pengedar dadah ditahan menerusi Op Icebreaker di Johor


Tarikh kemaskini: 30/07/2019





JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Polis menahan 381 individu di seluruh Johor hari ini, menerusi Op Icebreaker yang bertujuan melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua mereka ditahan menerusi operasi mulai 12 malam tadi, yang dilancarkan serentak di seluruh negara oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

"JSJN Johor yang dibantu Pasukan Polis Marin, Unit Anjing Pengesan (K9) dan daerah-daerah di bawah kontinjen Johor melibatkan seramai 340 pegawai dan anggota berjaya menahan 381 orang termasuk 12 orang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Mohd Kamarudin berkata tumpuan operasi itu adalah terhadap pengedar dan penagih dadah tegar di kawasan yang menjadi sarang penagihan dadah.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur antara 25 dan 50 tahun itu didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan iaitu membekal, memiliki dan positif terhadap dadah.

Mohd Kamarudin berkata selain penahanan mereka, polis turut merampas 181.62 gram heroin, 28.45 gram syabu, 1.7 kilogram daun ketum serta seliter air ketum.

"Operasi ini adalah secara berterusan sehingga operasi berakhir dan mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Menurut Mohd Kamarudin, kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada polis amat penting dalam usaha melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah dengan menghubungi talian hotline JSJN di 012-2087222.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel