Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

82 individu jadikan kawasan setinggan di Kampung Melayu Pandan sarang penagihan ditahan


Tarikh kemaskini: 30/07/2019




JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) – Polis menahan 82 individu yang menjadikan kawasan setinggan di Kampung Melayu Pandan di sini sebagai sarang penagihan dan pengedaran dadah menerusi operasi Icebreaker hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 6 pagi hingga 12 tengahari itu melibatkan 71 lelaki tempatan, lima wanita tempatan, lima lelaki Indonesia serta seorang lelaki Myanmar.

“Operasi tersebut diketuai seorang pegawai kanan serta 35 anggota yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Unit Anjing Pengesan, Pasukan Polis Marin,  Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan serta Balai Polis Majidee.

“Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar, menagih serta memiliki dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail berkata selain penahanan kesemua individu berkenaan, polis turut merampas 69.53 gram heroin dan 11.90 gram syabu daripada mereka.

Kesemua mereka sedang disiasat lanjut dan dalam usaha melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah, kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis amat penting supaya tindakan lanjut dapat diambil, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel