Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis mohon bantuan orang ramai kesan waris lelaki bertatu


Tarikh kemaskini: 30/07/2019





BATU PAHAT, 30 Julai (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris mayat lelaki bertatu rama-rama dan bunga yang ditemukan di Sungai Simpang Kiri, berhampiran Bukit Pasir, di sini, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata mayat berkenaan dijumpai terapung berhampiran tebing sungai berkenaan pada 9.45 pagi oleh orang awam yang berada di jeti berhampiran sebelum menghubungi polis.

“Polis sukar mengecam identiti mayat itu termasuk bangsa dan kewarganegaraannya kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Izzudin berkata ketika ditemui, lelaki itu didapati tidak berbaju, memakai seluar panjang berwarna gelap serta bertali pinggang hitam putih.

Beliau berkata lelaki tersebut berkulit cerah, dianggar berumur antara 30 dan 40 tahun, mempunyai tatu rama-rama di dada kiri dan tatu bunga di dada kanan serta memakai cincin perak di jari kiri bertulis Dolce & Gabbana (D&G).

Katanya keadaan mayat sukar dicam kerana sudah membengkak di bahagian muka dan mata selain kulit badan yang sudah menggelupas dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian lelaki itu adalah disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Setakat ini, waris masih dikesan untuk tuntutan mayat dan mayat mangsa kini berada di Bilik Mayat Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

"Kami mohon sesiapa yang mengenali mangsa untuk datang ke mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya, sekali gus membuat pengecaman dan tuntutan mayat mangsa tersebut," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel