Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita OKU ditemui lemas di Sungai Fikri


Tarikh kemaskini: 30/07/2019





BANDAR PERMAISURI, 30 Julai (Bernama) -- Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental yang hilang dari rumahnya malam tadi ditemui lemas di Sungai Fikri, Penarik di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Zulkifli Mat Deris berkata mayat Tee Ann May, 31, dijumpai bapanya Tee Lee Teck, 66, pada pukul 7.45 pagi, kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dikatakan jatuh.

“Ketika ditemui mayat mangsa berada dalam keadaan meniarap dan lengkap berpakaian. Mangsa dipercayai lemas akibat terjatuh ke dalam sungai dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tee yang mempunyai masalah mental sejak kecil, dikatakan keluar dari rumah secara bersendirian sebelum disedari bapanya kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mayat Tee dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel