Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengetua sekolah mangsa Macau Scam


Tarikh kemaskini: 30/07/2019




KUANTAN, 30 Julai (Bernama) -- Pengetua sebuah sekolah menengah di Jerantut mendakwa menjadi mangsa sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM3,000 pertengahan bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 58 tahun mendakwa wang itu dikatakan sebagai bayaran reman bagi membatalkan waran tangkap. 

Mangsa mendakwa dihubungi suspek lelaki pada 10 pagi, 14 Julai lepas kononnya wakil dari bank dan  mendakwa dia mempunyai tunggakan bayaran pinjaman.

“Mangsa yang menafikan ada mempunyai akaun bank itu tapi mula mempercayai helah mangsa apabila menerima panggilan daripada suspek kedua dan ketiga kononnya mereka adalah polis masing-masing berpangkat Sarjan dan Inspektor. 

“Mereka mendakwa akaun itu terlibat dalam siasatan kes dadah dan mangsa perlu memberikan semua maklumat perbankan peribadinya untuk siasatan dan membayar reman,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang bimbang ditangkap segera menuruti arahan suspek termasuk membuat transaksi pemindahan wang di dua bank di bandar Jerantut pada sebelah petang. 

Mangsa bagaimanapun mengesyaki dirinya mungkin ditipu selepas ‘anggota polis’ itu memintanya untuk memaklumkan pergerakannya setiap dua jam menerusi aplikasi WhatsApp.

Mangsa yang pada mulanya tidak membuat laporan polis berubah fikiran selepas berasa diganggu menerusi pelbagai pesanan WhatsApp setelah enggan menuruti permintaan suspek supaya menyerahkan lebih banyak wang. 

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut petang semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel