Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan pantas pihak sekolah, orang ramai bantu kawal kebakaran di asrama


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





BANDAR PERMAISURI, 29 Julai (Bernama) -- Tindakan pantas pihak sekolah dan orang awam berjaya mengawal api dari terus merebak dalam kebakaran di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zul Azman Jamaluddin berkata sebuah jentera bomba bersama 12 anggota bergegas ke lokasi kebakaran selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.05 petang.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, kebakaran di sebuah stor penyimpanan barang di tingkat tiga asrama lelaki itu didapati sudahpun terkawal, sebelum bomba memadamkan sepenuhnya kebakaran.

“Bilik stor yang terletak paling hujung di bangunan itu musnah 100 peratus namun api tidak sempat merebak ke bilik lain,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Zul Azman berkata ketika kejadian semua pelajar sedang melakukan aktiviti riadah di padang sekolah dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan. 

Seorang penduduk Purwanto Karto , 48, berkata beliau bersama penduduk lain membantu memadamkan kebakaran termasuk dengan menggunakan alat pemadam api yang terdapat di sekolah berkenaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel