Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar latihan industri dikhuatiri jatuh dari kapal


Tarikh kemaskini: 29/07/2019




MELAKA,29 Julai (Bernama) -- Seorang pelajar yang sedang mengikuti latihan industri dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut di perairan Selat Melaka kira-kira dua batu nautika dari Jeti Nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi malam tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Melaka/Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata kehilangan pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20, itu  disedari oleh rakan-rakan lain pada pukul 1.00 petang dan satu laporan telah dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) .

“Kali terakhir pelajar tahun akhir diploma Kejuruteraan Marin dari Kolej Ranaco di Kemaman, Terengganu itu dilihat ialah pada sekitar 11.50 malam semalam (Ahad) ketika melakukan tugas pemantauan di Kapal ‘Bunga Emas 6’ bersama rakan setugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman berkata pelajar yang telah menjalani latihan industri selama enam bulan di Kapal tunda ‘Tag Nur Tiga’  itu kemudian memaklumkan bahawa beliau pulang sebentar ke kapal tunda bagi mengambil barang sebelum dilaporkan hilang.

Beliau berkata pihaknya telah melancarkan Operasi Mencari  Dan Menyelamat (SAR) pada pukul 5.00 petang tadi namum masih gagal menemui Afizudin.

“Kawasan pencarian hari ini melibatkan radius pencarian seluas 25 batu nautika persegi itu dilakukan  bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Namun kerja-kerja menyelam terpaksa dihentikan seketika kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan namum operasi pencarian pada permukaan air diteruskan sehingga tengah malam ini,” katanya.

Sementera itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah,Supt A.Asmadi Aziz ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel