Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lori tangki bawa minyak sawit mentah 30 tan terbalik di Ulu Tiram


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit mentah sebanyak 30 tan terbalik sehingga menyebabkan tumpahan minyak sepanjang 100 meter di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Tahrin Saat berkata kejadian itu yang berlaku di hadapan Pasaraya Todays Mall, terjadi ketika lori berkenaan gagal membuat pusingan ketika cuba untuk memasuki lorong belakang sebuah stesen minyak di situ.  

Beliau berkata pihaknya  menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 12.13 tengah hari dan operasi membersih masih dijalankan  sehingga pukul 7 malam ini.

“Setakat ini, sebanyak sembilan tan serbuk kayu digunakan untuk menyerap minyak tersebut yang tumpah keseluruhannya.

“Namun kita  masih menunggu satu lagi lori yang membawa sebanyak tiga tan serbuk kayu untuk operasi pembersihan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Dalam pada itu, pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tahrin berkata seramai enam anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dengan bantuan satu jentera bomba dan satu pacuan empat roda di samping pasukan bomba sukarela Ulu Tiram, Unit Seliaan Jalan Jabatan Kerja Raya, pihak polis dan dua buah lori mengangkut habuk kayu.

Beliau berkata jalan itu turut mengalami kesesakan selama kira-kira sejam memandangkan proses mengalihkan tangki lori yang terbalik masih berjalan. 

“Namun begitu, jalan itu masih boleh dilalui oleh kenderaan secara perlahan walaupun operasi pembersihan sedang dijalankan,” katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel