Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keadaan Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan stabil


Tarikh kemaskini: 29/07/2019




KOTA BHARU, 29 Julai (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Kamarudin Abdullah yang cedera ditetak dua lelaki semasa beliau sedang berjalan kaki untuk ke masjid semalam, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini. 

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan anak keempat kepada Kamarudin berkata keadaan ayahnya stabil selepas selamat menjalani pembedahan.

“Keadaan ayah stabil dan dia mengenali semua pelawat yang menziarahinya, namun ayah perlu banyak berehat, dan juga tidak boleh bercakap terlalu banyak,” katanya kepada pemberita di HRPZ II di sini, hari ini. 

Katanya beliau sekeluarga terkejut dengan kejadian itu, namun bersyukur ayahnya selamat dalam serangan itu. 

“Saya hairan penjenayah boleh menyerang ayah saya memandangkan ayah tiada musuh malah ramah dengan semua orang dan tidak mungkin ia berlaku disebabkan permusuhan dalaman.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak polis yang sentiasa memaklumkan kepada kami perkembangan terkini siasatan,” katanya.

Katanya kejadian menimpa ayahnya itu juga turut mendapat perhatian pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang bertanya khabar dan menzahirkan rasa simpati termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi. 

Sementara itu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Muhamad Badzli Abu Bakar berkata, beliau mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi hak dan kelonggaran untuk memiliki senjata api kepada ahli-ahli politik yang berisiko tinggi. 

“Jenayah hari ini semakin berleluasa dan  semakin kejam jadi sebaik-baiknya orang-orang yang mempunyai kapasiti tinggi dan berisiko diberikan hak untuk mempunyai senjata bagi perlindungan diri,” katanya kepada pemberita selepas menziarah Kamarudin di sini hari ini. 

Kamarudin mendapat kecederaan parah diserang dan ditetak di kepala dan badan oleh dua lelaki menggunakan senjata tajam kira-kira pukul 7.30 malam tadi ketika berjalan kaki ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib berhampiran Jalan Tengku Chik di sini. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel