Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu lori kontena seludup rokok ditahan di Yong Peng


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





BATU PAHAT, 29 Julai (Bernama) -- Kegiatan haram seorang pemandu lori kontena dengan menjadikan aktiviti ‘menyeludup’ rokok tanpa cukai sebagai pendapatan tambahannya akhirnya terbongkar apabila dia ditahan sepasukan polis di sebuah gudang di Yong Peng, dekat sini, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata polis menahan lelaki yang berumur sekitar 40an itu susulan penemuan 5,500 karton rokok pelbagai jenis yang dianggar bernilai RM275,000 yang dipercayai rokok seludup di gudang berkenaan pada kira-kira pukul 4.00 petang.

Beliau berkata polis percaya rokok-rokok itu diseludup masuk dari Indonesia untuk di pasarkan di Batu Pahat serta kawasan sekitar, dan menurutnya siasatan awal turut mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Lelaki itu direman selama empat hari, dan dalam masa yang sama polis turut berusaha memburu saki baki rakan suspek yang dipercayai aktif melakukan kegiatan seludup rokok ini, sekitar dua bulan ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini, hari ini.

Muhammad Izzudin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi).

“Bagi kes seludup ini pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, kerana kerjasama mereka sehingga tumpasnya kegiatan seludup ini,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel