Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Afif bertekad jadikan PBMPP pasukan digeruni


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





GEORGE TOWN, 29 Julai (Bernama) -- Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Melayu Pulau Pinang (PBMPP) yang dipilih untuk mengemudi pasukan itu, Dr Afif Bahardin bertekad mahu mengembalikan pasukannya kembali  digeruni  sekali gus mahu merangkul kembali gelaran juara bagi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja September ini.

Dalam sidang media hari ini Dr Afif yang menang tanpa bertanding bagi jawatan itu dalam satu mesyuarat persatuan tersebut pada 13 Julai lepas berkata berasaskan semangat menjadikan bola sepak Pulau Pinang lebih menarik dan kembali menjadi pasukan digeruni dalam liga bola sepak negara, beliau bersetuju untuk menggalas tanggungjawab itu pada musim ini.

Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan dipilih menggantikan bekas presiden sebelum ini, Fuad Hamid.

"PBMPP telah didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 pada Sept 2014. PBMPP telah menyertai Kejohanan Piala Emas Raja-Raja semenjak dari Edisi Pertama pada tahun 1922.

"Sepanjang menyertai kejohanan tersebut, PBMPP telah menjadi Johan sebanyak lapan kali dan Naib Johan sebanyak 13 kali. Kali terakhir pasukan Pulau Pinang menjadi johan adalah pada 2017 dan sasaran saya pada tahun ini ialah untuk Pulau Pinang kembali menjadi juara," katanya.

Dr Afif berkata Pulau Pinang terlepas peluang mempertahankan kejuaraan pada tahun lepas apabila kecundang pada peringkat suku akhir walaupun menang empat kali di peringkat kumpulan dan pada kejohanan kali ini, ia unik kerana semua pemain harus berumur 31 tahun ke bawah dan pada setiap perlawanan perlu mempunyai dua pemain berusia 21 tahun ke bawah di padang .

Dalam pada itu beliau tetap optimis dengan gandingan baharu jurulatih pasukan itu, Azhar Abdul Rahman dan pembantunya Izzat Nazari untuk membawa pasukan itu kembali mengukir kecemerlangan sekali gus menjulang Piala Emas Raja-Raja pada tahun ini.

Pasukan itu sebelum ini dibimbingi oleh jurulatih Abdul Rahim Hassan dan pembantu jurulatih Nordin Khamis.

"Saya amat berharap barisan pemimpin dan jurulatih akan bekerja keras bersama saya untuk menjadikan pasukan ini dilebih digeruni dan seterusnya menjadi sebuah persatuan yang melahirkan pemain yang profesional dan berkemahiran tinggi," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata PBMPP akan mengadakan Majlis Makan Malam pada 7 Sept ini bagi mencari dana untuk menampung operasi dan menjadikan persatuan itu sebagai salah satu persatuan sukan yang disegani. 

-- BERNAMA??????


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel