Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKM minta waris berminat tampil buat permohonan penjagaan anak terbiar


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





MELAKA, 29 Julai (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka meminta waris terdekat lapan beradik yang ditinggalkan hidup dalam keadaan daif di Kampung Tengah, Bukit Rambai di sini menghubunginya bagi permohonan hak penjagaan kanak-kanak itu.

Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik berkata mana-mana waris terdekat yang berminat boleh membuat pemohonan bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas kesemua kanak-kanak itu yang berumur dari bayi dua minggu hingga 17 tahun.

“Hari ini kita telah mendapat perintah jagaan sementara selama sebulan ke atas kesemua kanak-kanak itu. Buat masa ini mereka akan ditempatkan di rumah penjagaan JKM.

“Sekiranya dalam tempoh sebulan tiada waris yang tampil membuat permohonan untuk menjaga mereka, JKM akan membuat permohonan hak jagaan tetap terhadap lapan beradik itu untuk ditempatkan di institusi JKM bagi mengurus kebajikan dan keperluan mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

Waris terdekat lapan beradik itu diminta segera menghubungi JKM di talian 06-3333333 bagi membuat permohonan mendapat hak penjagaan kanak-kanak itu.

Semalam, media melaporkan JKM Melaka menyelamatkan lapan beradik dalam keadaan daif selepas ibu bapa mereka ditahan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam operasi bersepadu bersama Polis dan Kelab Mencari Keberkatan (KMK), semalam.

Burhanuddin berkata, sekiranya tiada sebarang pemohonan daripada waris keluarga, lapan beradik itu akan ditempatkan ke institusi penjagaan kanak-kanak milik JKM bagi mengurus kebajikan dan keperluan mereka.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel