Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

138 pelatih KVTP berpeluang jalani latihan industri di 12 syarikat 


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Seramai 138 pelatih di Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) bakal berpeluang menjalani latihan industri di 12 syarikat di negeri ini menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama pihak industri berkenaan.

MoU selama dua tahun itu melibatkan pelajar Diploma bagi program teknologi elektrik, kimpalan, automotif, pembinaan dan elektronik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor Aminolhuda Hassan yang menyaksikan majlis MoU itu berkata sambutan positif pihak industri berkenaan jelas menunjukkan wujud permintaan tinggi terhadap graduan kolej vokasional.

“Peranan industri perlu ditingkatkan bagi memastikan pelaburan besar kerajaan dalam memperkasa program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) capai sasaran.

“Sekiranya pemain industri bergiat lebih aktif membantu TVET, semestinya kita dapat mewujudkan modal insan untuk bawa negara lebih maju,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis MoU KVTP bersama 12 syarikat dan Nota Persefahaman (NoU) bersama satu jabatan kerajaan, di sini, hari ini.

Sementara itu Pengarah KVTP Omar Hassan yang turut hadir di majlis itu berkata kepakaran pihak industri dapat membantu dan menyokong pembangunan TVET terutama melibatkan pelajarnya.

“Industri perlu beri peluang kepada kami untuk buktikan bahawa anak-anak kolej vokasional juga setanding dengan graduan di luar sana. KVTP tidak mampu melangkah sendiri kerana hakikatnya kita (pihak industri dan kolej vokasional) perlu saling melengkapi dan saling memerlukan,” katanya.

Menerusi majlis MoU itu, KVTP turut menerima sumbangan dua peralatan elektrik “gear suis” dan “transformer” terpakai oleh pihak Tenaga Nasional Berhad bagi kegunaan pembelajaran Program Teknologi Elektrik dan dua buah kenderaan dari Mazda Malaysia Sdn Bhd untuk memenuhi pembelajaran Program Teknologi Automotif.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel