Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Angkat berat masih status 'kiv' untuk SUKMA Johor 2020


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Terpalit dengan isu doping, kedudukan sukan angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 masih samar dan diletakkan di bawah status 'KIV’ (untuk perhatian lanjut) oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sukan angkat berat masih dipertimbangkan untuk dipertandingkan dan setakat ini jawatankuasa tersebut telah memutuskan senarai 16 sukan wajib selain lapan sukan pilihan dan enam lagi sukan pilihan (tambahan).

SUKMA Johor 2020 dijadual diadakan pada Julai tahun depan.

Syed Saddiq berkata jawatankuasa tersebut hendak memastikan sukan angkat berat bebas daripada isu doping kerana setiap tahun ada sahaja atlet angkat berat terpalit dengan isu doping.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan Stadium Olahraga @ Sportcity di Mount Austin, di sini, hari ini, yang menjadi venue SUKMA 2020 bagi acara olahraga dan ragbi.

Beliau berkata setakat ini kerajaan pusat sudah menyalurkan dana pembangunan berjumlah RM142 juta untuk SUKMA 2020 manakala dana pengelolaan pula sedang dalam peringkat rundingan dengan Kementerian Kewangan.

Selain Stadium Olahraga @ Sportcity, beliau turut meninjau pembinaan beberapa venue lain termasuk Velodrome Johor di Iskandar Puteri, Arena Emas di Taman Impian Emas serta Arena Larkin di Larkin, yang kesemuanya dijangka siap sepenuhnya April depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel