Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki cedera dilanggar kereta selepas ragut remaja


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





BUKIT MERTAJAM, 29 Julai (Bernama) -- Seorang peragut cedera di kepala dan beberapa bahagian badannya setelah dilanggar sebuah kereta sewaktu cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang remaja perempuan di sebuah restoran di Jalan Aston di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata suspek yang berumur 39 tahun itu dikatakan sebelum itu telah memaut leher remaja berumur 19 tahun yang berjalan seorang diri di kaki lima di hadapan restoran berkenaan sebelum menyentap beg tangan yang dibawa mangsa. 

“Jeritan remaja berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 8.24 malam itu telah menarik perhatian beberapa orang awam berdekatan yang terus mengejar suspek dan semasa melintasi jalan untuk melarikan diri itulah suspek dilanggar sehingga cedera di kepala, leher dan kaki,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk meremannya selama seminggu untuk siasatan lanjut.

"Lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu merompak dengan cara meragut, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel