Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jho Low sebut Dollar US, Ringgit sebagai 'pie' dan 'satay' - saksi


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai  Jho Low, merujuk dollar US dan Ringgit sebagai 'pie' dan 'satay' bila mengendalikan transaksi membabitkan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib,  Harvinderjit Singh pada hari ke-45 perbicaraan bekas perdana menteri itu berkaitan pelesapan wang RM42 juta dari dana  SRC International Sdn Bhd.  

Yu merujuk kepada log bualan di Blackberry antara beliau dan Jho Low, di mana Jho Low  menggunakan istilah 'pie' dan 'satay' terutama berkaitan aliran masuk wang asing yang besar ke dalam akaun Najib.  

Harvinderjit: Mengapa gunakan sebutan nama ‘pie’ dan ‘satay’.

Yu: Itu apa yang Jho Low gunakan dalam bualan Blackberry messenger.

Harvinderjit: Pie, Dollar US, satay adalah ringgit.

Yu: "Ya".

Harvinderjit menerangkan satu arahan oleh Jho Low bagi memindahkan dana RM50 juta setiap satu ke dalam tiga akaun Najib dengan Jho Low merujuk kepada RM50 juta sebagai 50 satay".

Sebelum itu, Jho Low merujuk kepada dollar US sebagai "pie" bila pengembalian US$620 juta diuruskan.  

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukannya, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana  SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel