Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PHM harap KKM pertimbang permohonan dapatkan lesen pengoperasian semula


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





SEREMBAN, 29 Julai (Bernama) – Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) berharap kerajaan akan memberi pertimbangan segera berhubung permohonan mendapatkan lesen pengoperasian semula, yang dibatalkan pada 12 Jan lalu.

PHM yang juga sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memulakan proses bagi mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menyelesaikan beberapa isu berbangkit antaranya bayaran pajakan tanah Pusat Perubatan Mawar (MMC) ketika ini.

Pengerusi PHM Datuk Lee Tian Hock berkata, bayaran sebanyak RM100,000 bagi pajakan tanah selama setahun sudah dilunaskan baru-baru ini yang merupakan antara syarat bagi memohon lesen pengoperasian.

"Hari ini kita mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dengan empat agenda antaranya memilih ahli majlis PHM yang baharu termasuk memilih Pengerusi PHM. Keputusan EGM ini akan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan salinannya kepada KKM bagi mengukuhkan permohonan mendapatkan lesen.

“Kita maklum bahawa pihak KKM pada bila-bila masa akan melakukan lawatan ke PHM bagi memeriksa persiapan hospital i dan kita bersedia termasuk dari segi jururawat, doktor dan alatan dialisis,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di sini, hari ini.

Lee berkata hospital ini yang mempunyai kemudahan 89 katil yang kesemuanya berada dalam keadaan terbaik dengan kemudahan dan pasukan perubatan yang lengkap.

Pada EGM itu, Lee yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holding Berhad (MCHB) dipilih sebagai pengerusi PHM yang baharu menggantikan Datin Chua Lay Ping

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel