Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

70 hektar tanah di Tambun khusus untuk tanaman limau bali - MB


Tarikh kemaskini: 28/07/2019





IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak berhasrat menajdikan kawasan Tambun berhampiran bandaraya Ipoh sebagai pusat tumpuan pelancongan memandangkan kawasan itu sinonim dengan limau bali atau lebih dikenali limau Tambun yang mendapat permintaan tinggi dari seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bagaimanapun, berkata kebanyakan tanah yang diusahakan dengan buah tersebut oleh pekebun sejak puluhan tahun adalah tanah milik kerajaan negeri.

"Saya sudah berbincang dengan pekebun dan mencadangkan supaya tanah seluas 70 hektar di kawasan Tambun diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) supaya kita dapat mengekalkan kehijauan tanah ini dengan tradisi tanaman limau Tambun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Pekebun Buah Limau Bali Tambun dan Buah-Buahan Tempatan Tambun di sini, hari ini.

Beliau berkata beberapa syarat akan dikenakan selepas pengagihan tanah untuk pekebun, antaranya, hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik.

Audit juga perlu dilakukan ke atas penggunaan tanah kerajaan negeri oleh pekebun di sini bagi memastikan ia diurus dengan betul, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel