Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Karnival e-Padaidi platform terbaik bina kerjasama keusahawanan Bugis Sabah - KM


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





TAWAU, 27 Julai (Bernama) -- Karnival e-Padaidi merupakan platform terbaik bagi membina kerjasama keusahawanan dalam kalangan masyarakat Bugis di Sabah, dan kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan sebarang inisiatif seumpama ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penganjuran karnival itu perlu dilaksanakan secara konsisten demi pembangunan keusahawanan serta perniagaan masyarakat Bugis dan juga semua kaum.

"Suka saya menyarankan bukan sahaja untuk anggota Persatuan Dewan Perniagaan Bugis tetapi seluruh masyarakat Bugis Sabah agar menjalin kolaborasi keusahawanan kukuh sekali gus membawa potensi besar kepada ekonomi negeri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan wakilnya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong sempena perasmian pembukaan Karnival e-Padaidi di sini, dihadiri lebih 10,000 pengunjung, malam ini.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan sukan minda domino, persembahan gendang dan alat muzik kecapi, pertandingan makan kuih tradisi, pertunjukan kereta berhias, selain terdapat gerai pameran dan gerai jualan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel