Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja lemas ketika mandi di air terjun, dua rakan diselamatkan


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





JOHOR BAHRU, 27 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas ketika mandi manda di Air Terjun Taka Melor, Labis dekat Segamat, hari ini, manakala dua rakannya berjaya diselamatkan orang awam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis Pegawai Bomba Kanan I Mohd Appandi Khalid berkata kejadian berlaku semasa Mohammad Danial Mohd Yuslizan, 16, yang berasal dari Bukit Siput, Segamat bersama rakan-rakannya sedang mandi manda di kawasan itu.

Beliau berkata lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.31 petang.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lemas yang ditemui orang awam, dan mayat diserahkan kepada pihak polis serta pegawai kesihatan untuk pengesahan kematian," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Beliau berkata difahamkan Mohammad Danial bersama lima rakan lain yang berumur antara 16 dan 17 tahun datang ke Labis dengan menaiki motosikal untuk menikmati durian di dusun datuknya di Kampung Tenang, Labis, sebelum beredar ke tempat air terjun berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari dusun itu.

"Ketika kejadian hanya tiga mangsa dilaporkan lemas, namun, dua daripadanya berjaya diselamatkan oleh orang awam yang ada di lokasi," katanya dan menambah identiti kesemua mereka sedang dikenal pasti pihak berkuasa, memandangkan mereka didapati tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mayat Mohammad Danial dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat, dan operasi menyelamat ditamatkan pada kira-kira pukul 7.00 malam,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel